Virus komputer adalah sesuatu yang memeningkan. Kadang-kala kita cuba memulihkannya tetapi anti-virus tidak boleh melakukannya atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Soalannya adalah - perlukah kita membuang virus itu? Seandainya ia virus yang tidak melakukan perkara-perkara yang menjejas operasi kita atau membahayakan orang lain, apa salahnya ia 'menumpang' dalam komputer kita. Tak perlu kita berasa susah hati kerana tidak dapat menghilangkannya.
Namun, bagaimana caranya kita nak tahu tentang virus itu - apa yang ia lakukan dan sama ada membayakan atau tidak? Anda dapat mengetahuinya dari lelaman ini:
Cari maklumat tentang virus dari lelaman itu:

Contoh maklumat tentag trojan Vundo:
Lelaman itu juga akan memberitahu kita jika ada langkah-langkah tambahan untuk diambil bagi menghilangkan sesebuah virus itu. Sebagai panduan umum, untuk mengelakkan diri dari masalah virus tidak boleh hilang, kita harus:
- Muatkan sofwe anti-virus ke dalam komputer SEBELUM komputer dijangkiti.
- Pastikan yang database virus anda yang terkini - muat-turun secara otomatik setiap 2-3 hari.
